Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-07-2010  

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: pejoy36
Hari Ini: 2
Semalam: 5
Jumlah Ahli: 40062

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




  Dari Galeri Ahli
Gambar ana konvo bersama-sama kawan-kawan...

  Yang Masuk Ke Sini
ridhuan-ajmain: 5 minit yang lalu
natalie_imbruglia: 27 minit yang lalu
Zaujiha: 40 minit yang lalu
Hanan: 45 minit yang lalu
Nu_uL: 48 minit yang lalu
NurArisha: 1 jam, 8 minit yang lalu
alongmina: 1 jam, 18 minit yang lalu
za07: 1 jam, 35 minit yang lalu
meegoreng: 2 jam, 17 minit yang lalu
fatin3: 2 jam, 18 minit yang lalu
faisaltehlipot: 2 jam, 22 minit yang lalu
myhoney: 2 jam, 27 minit yang lalu
nrnizam_ypeim: 2 jam, 37 minit yang lalu
Martyr: 3 jam, 4 minit yang lalu
sharil: 3 jam, 7 minit yang lalu
Nur_Espace: 3 jam, 8 minit yang lalu
hajime_kindaichi: 3 jam, 25 minit yang lalu
maisarahlisa: 3 jam, 28 minit yang lalu
chanjin: 3 jam, 41 minit yang lalu
alornk: 3 jam, 41 minit yang lalu
Kakngah: 3 jam, 46 minit yang lalu
Farishah: 3 jam, 49 minit yang lalu
wawa0605: 3 jam, 50 minit yang lalu
faqir_imara: 4 jam, 13 minit yang lalu
sakinahazzahra: 4 jam, 21 minit yang lalu
insyirah_hr: 4 jam, 30 minit yang lalu
syahadahtul_nur: 4 jam, 38 minit yang lalu
pejoy36: 5 jam, 23 minit yang lalu
habrah: 5 jam, 32 minit yang lalu
znia80: 5 jam, 52 minit yang lalu


WARKAH UNTUK KEKASIH
 Posted on Rabu, 27 Januari 2010 @ 11:47:45oleh Hanan
Tazkirah wafa_503 menulis WARKAH UNTUK KEKASIH
“Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu,
bercerita,meminta pendapatKu,
mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata..

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang
terjadi dalam hidupmu semalam,kelmarin,atau waktu yang lalu.
Tetapi, kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi ke sekolah.
Tak sedikit pun kau menyedari. Aku dekat denganmu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap. Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk.
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang..

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun, dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu..

Sebelum makan siang,
Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu..

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya..

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan ketika tiba di rumah.

Setelah tugasmu selesai,
engkau menyalakan TV atau tidak,
hanya saja engkau selalu kesana menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan.
Hingga waktu kembali,
aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati hidanganmu, tetapi sekali lagi, engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas rezeki yang telah Kuberikan..

Saat engkau ingin tidur, Kufikir engkau merasa terlalu letih.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak apalah, mungkin engkau masih belum menyedari bahawa aku salalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang engkau sedari.

Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.
Aku sangat menyayangimu,
setiap hari aku menantikan sepatah kata darimu,
ungkapan isi hatimu,
namun tak kunjung tiba..

Baiklah, engkau bangun kembali dan kembali aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu..
Tapi yang Kutunggu,
Ah, tak juga menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’ berlalu..dan.. kau masih mengacuhkan aku.
Tiada sepatah kata, tiada seucap do’a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKu..
Apakah salahKu padamu..? Rezeki yang Ku limpahkan,
kesihatan yang Ku berikan, harta yang Ku relakan untukmu,
makanan yang Ku hidangkan, keselamatan yang Ku kurniakan,
kebahagiaan yang Kuanugerahkan..
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu??!!

Percayalah..Aku selalu mengasihimu,
dan aku tetap berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu,
memohon perlindunganKu,
bersujud menghadapKu..
Kembali kepadaKu..

Yang selalu menyertaimu setiap saat..
ALLAH


Renungkanlah sahabat-sahabatku..sesungguhnya ALLAH Rabbul ‘izzati, amat menyayangi kita, di dalam hadis Qudsi Allah telah berfirman :
‘Hai anak cucu Adam. Aku telah menjadikanmu dengan kekuasaanKu dan Aku pupuk dengan nikmatKu,
tapi mengapa kamu masih menentang dan menderhakai perintahKu?
Sungguhpun demikian, jika kamu bertaubat kembali kepadaKu. Aku terima taubatmu.
Di mana lagi akan kau peroleh Tuhan seperti Aku ini,
yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih?’

(Hidayatul Mursyidin)

 

  Tazkirah


Komen


"WARKAH UNTUK KEKASIH" | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: WARKAH UNTUK KEKASIH
oleh taalidi pada Ahad, 31 Januari 2010 @ 11:59:05
(Info AHLI) http://groups.yahoo.com/group/hukumtarikan/


artikel yang sangat bagus untuk memberi keinsafan pada kita betapa kita sering alpa dan lupa pada kasih sayang dan penangguhan hukumna dari Allah atas sifat Maha pengasih dan penyayangNya.

Walaubagaimana pun, perlu kita ingat disini bahawa Allah tidak memerlukan atau berkehendak apa-apa dari makhluk ciptaanNYa, kerana Allah adalah Maha Agung lagi Maha Tinggi KemuliaanNya.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Firman Allah dalam hadis Qudsi:

Wahai hamba-hambaKu! sekiranya hamba yang mula-mula sekali diciptakan sehingga hamba yang terakhir sekali dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang bertaqwa semuanya, maka tidaklah dapat menambahkan sedikit pun dari Kekuasaan dan KebesaranKu.

Sekiranya hamba yang pertama dicipta sehingga hamba yang terakhir dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang paling jahat, yang demikian tidaklah dapat mengurangkan sedikit pun Kekuasaan dan KebesaranKu.

wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: WARKAH UNTUK KEKASIH
oleh asyieqien_eqin (vanadium_dioxcide@yahoo.com) pada Rabu, 17 Februari 2010 @ 23:05:32
(Info AHLI)


YA Allah...lekanya hambaMu ini dengan kesibukan dunia...
sedih sangat..baca tazkirah ini..syukran..semoga ada lagi artikel yang mampu menyedarkan diri yang leka ini..dengan betapa tulusnya CINTANYA kepada hambaNya yang derhaka ini...Astgfirullah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: WARKAH UNTUK KEKASIH
oleh ibtisam_nisa (ibtisam_nisa@yahoo.com) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 12:46:24
(Info AHLI)


astaghfirullah......Lekanya hambaMu ini meneguk kemanisan dunia hingga kadangkala lupa mensyukuri nikmatMu yang banyak..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: WARKAH UNTUK KEKASIH
oleh permata_keluarga88 (sinichies_girl@yahoo.com) pada Selasa, 15 Jun 2010 @ 20:48:10
(Info AHLI)


salam...
bila baca petikan ini....
renung2 sejenak...
memang banyak waktu terbiar dengn perkara yang tak berfaedah...
terima kasih atas petikan ini....
:)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]




  ChatBox II
Ee-fah >  Assalammualaikum........
arienaLubis309 >  salam
addawak >  AssalamUAlaikum..
tapdillah >  Assalamu'alaikum wr.wb



Klik untuk ke Chatbox...
0 sedang bersembang sekarang.
 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height & Bandar Sunway
Dibina oleh Team Walasri
Ditadbir oleh:


Loading: 0.327292 saat. Lajunya....