|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."
-- Hanan
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 1
Jumlah: 16
Ahli Sedang Online:1: panglima_garang
|
|
|
Dari Galeri Ahli
|
|
|
|
Survey
|
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
panglima_garang: 50 saat yang laluhurul_inn: 3 minit yang laluamreenUmaiR: 10 minit yang lalunur_indah: 11 minit yang lalucgu_NAM: 12 minit yang lalusyemarly: 18 minit yang lalumien84: 25 minit yang laluismailware: 26 minit yang laluHanan: 26 minit yang lalukembara08: 26 minit yang laluSiNaRaBaDi: 29 minit yang lalushah_hidayah86: 32 minit yang lalusakinahazzahra: 36 minit yang laluShahida09: 1 jam, 1 minit yang lalualthafunnisa_89: 1 jam, 11 minit yang lalukapten06: 1 jam, 12 minit yang laluKaisi: 1 jam, 14 minit yang laluSeNaN: 1 jam, 27 minit yang laluJaafar072286: 1 jam, 33 minit yang lalusnjamil: 1 jam, 50 minit yang lalunurkasih85: 1 jam, 53 minit yang lalunordalily: 1 jam, 56 minit yang laluirashahirah: 1 jam, 57 minit yang lalufikrul_mustanir: 1 jam, 59 minit yang lalushyra_husna: 2 jam, 1 minit yang laluSNMA: 2 jam, 2 minit yang lalunatalie_imbruglia: 2 jam, 11 minit yang lalusutera_kasih85: 2 jam, 18 minit yang lalunique_hanna: 2 jam, 24 minit yang lalumimi_eniliana: 2 jam, 55 minit yang lalu
|
|
|
|
|
Semaikan cinta kita begini
|
|
 |
Posted on Jumaat, 22 Disember 2006 @ 17:15:02oleh istisafa
|
|
|
bannahakimi menulis Tolong sampaikan pada si dia… Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Yang paling banyak dibaca dalam Semasa: Memilih Pasangan
Terkini dalam Semasa:
Yang Berkaitan
|
|
|
|
Komen
oleh Iman_Hayati pada Sabtu, 23 Disember 2006 @ 9:01:40
(Info AHLI)
Bestnya kata-kata ni..saya minta izin nak copy ye..untuk simpanan diri sendiri dan untuk sahabat-sahabat saya yang lain..
oleh ulfah_widad pada Khamis, 04 Januari 2007 @ 8:25:23
(Info AHLI)
artikel yang memang betul tersentuh hati...moga dapat jadi panduan...ana pun nak minta izin nak copy untuk tatapan peribadi...moga Allah merahmati bannahakimi selalu...
oleh sahlon pada Khamis, 18 Januari 2007 @ 22:06:51
(Info AHLI)
moga bertemu sidia yang dihajati....kalau belum mulakan...elok jangan dimulai kerana kita tak sedar bila kita akan menyamatarafkan sidia dan Pencipta...nauzubillah
oleh syuhada_islamic (ida) pada Khamis, 08 Februari 2007 @ 8:29:58
(Info AHLI)
alangkah baiknya jika semua umat MUHAMMAD sedar akan erti cinta sebegini....sungguh indah jika kita benar-benar praktikkan...
oleh arezy (rezy_tyer90@yahoo.com) pada Ahad, 11 Februari 2007 @ 18:39:00
(Info AHLI)
indahnya jika bercinta dengan cara ini...hmm...
oleh hunt_5 pada Ahad, 15 April 2007 @ 23:41:55
(Info AHLI)
MasyaAllah..hebatnya..